Monday, August 7, 2017

Miskin itu Ujian, Kaya juga ujian

Surah Annisa' (148 - 149)

Allah tidak suka kepada perkataan-perkataan buruk yang dikatakan dengan berterus-terang (untuk mendedahkan kejahatan orang); kecuali oleh orang yang dianiayakan. Dan (ingatlah) Allah sentiasa Mendengar, lagi Maha Mengetahui. (148) Jika kamu melahirkan sesuatu kebaikan atau menyembunyikannya atau kamu memaafkan kesalahan (yang dilakukan terhadap kamu), maka sesungguhnya Allah adalah Maha Pemaaf lagi Maha Kuasa. (149)

Terlupa sokmo.  Terkadang niat menegur menyebabkan kita terlupa bahawa kita memfitnah atau mengaibkan seseorang.  Maafkan kerana memang aku bersalah.  Namun, segala yang berlaku bukankah ada hikmahnya?
Adakah Allah mahu kita mengenal yang mana kawan yang mana lawan.  Yang mana sahabat yang boleh saling menegur yang mana hanya mahu menegur tetapi tidak ditegur. Yang mana sahabat yang dapat mengawal  kemarahan, yang mana tidak. Yang mana sahabat yang angkuh dengan amal kebaikannya dan yang mana sahabat yang ikhlas melakukan kebaikan tanpa orang lain mengetahuinya? Maaf, bukan yang mana sebenarnya, tetapi adakah kita... Adakah kita mencapai tahap kesabaran dan redho yang merupakan separuh dari sifat-sigat orang beriman? Adakah kita berjaya mengawal amarah kita, adakah kita seorang yang menerima teguran dari seorang yang rendah tarafnya, kurang amalnya dan yang kita anggap tidak layak menegur kita kerana kita rasa kita cukup sempurna dan tidak ada salah dan silap?

Panduan untuk umat Islam.  Peringatan buat diriku yang selalu lupa.  

  1. Jangan menjatuhkan aib orang lain dengan apa cara sekalipun.  (perkataan atau perbuatan).  Buat apa kita mengaibkan orang lain, sedangkan Allah sentiasa dengan pengasih penyayangNya menjaga aib kita.
  2. Ikhlas kan diri dalam beramal. Amalan yang ikhlas akan membuahkan hasil, menjauhkan mazmumah menghasilkan mahmudah dalam diri. 
  3. Sembunyikan amalanmu se
  4. Jadikan diri seorang manusia yang merendah diri sentiasa walau setinggi mana kedudukan kita.
  5. Selalulah mengambil yang positif dalam setiap ujian yang menimpa kita.  Muhasabah diri. Kerana kita selalu lalai dan terlupa bahawa kita adalah manusia yang tidak sempurna. 
  6. Cari kesalahan kita sendiri dan jangan kita cari kesalahan orang lain. 
  7. Bersyukur selalu apabila diuji, kerana dalam setiap ujian ada rahmat Allah jika kita orang yang beriman. 
  8. Berterima kasih kepada yang menegur dan menasihat kita walaupun orang itu pengemis jalanan.  Walaupun peringatannya itu tidak kita perlukan dan kita anggap fitnah.
  9. Bersangka baik selalu, Jika bukan bersangka baik kepada orang itu, bersangka baik dengan Allah.
  10. Berusahalah untuk membuang mazmumah yang bersarang dalam diri.  Itu lebih baik dari kita mengeluh dan menyesali ujian yang Allah timpakan pada kita.


Apa  lagi rujukan kita selain dari Al Quran dan Sunnah yang Rasulullah s.a.w tinggalkan buat umatnya.

Selamat Hari Raya dan maaf zahir batin buat semua yang melintas dan singgah di blog ini.